META TRADER 4


Platform Perdagangan MT4

Dengan bangganya TradeFxAsia memperkenalkan Meta Trader 4. Platform MT4 ini merupakan antara perisian perdagangan dalam talian yang terulung dalam pasaran. Ia menyediakan rangkaian perkhidmatan dan pilihan yang menakjubkan sementara mengekalkan kelajuan dan kebolehbergantungan yang boleh dijangka oleh pedagang zaman moden.

Desktop MT4

Sementara mereka platform MT4, para arkitek memastikan bahawa ia bukan sahaja berguna untuk menguruskan saham, dagangan masa depan, CFD dan mata wang perdagangan klien, dan memperdagangkan mata wang; tetapi ia juga berguna untuk mengintegrasikan pelbagai aset dan instrumen kewangan mereka. Pedagang boleh memilih instrumen dalam tetingkap Padanan Pasaran yang paling sesuai dengan keperluan mereka untuk mengambil kesempatan terhadap pengalaman yang terbaik mungkin. Mereka juga boleh mengikuti perkembangan pasaran semasa menerusi pelbagai metrik dan pengesan yang dimasukkan secara halus ke dalam antara muka. Tambahan juga, pedagang juga boleh melanjutkan kejayaan mereka melalui integrase platform dengan instrumen analitikal yang lain seperti peralatan Elliot, Fibonacci, dan Gann. MT4 juga mempunyai banyak peralatan tambahan yang memberikan pengguna kebolehan untuk menguruskan akaun mereka secara menyeluruh. Tab pendedahan menyediakan singkapan terkini tentang status akaun pengguna; tab Sejarah menyediakan maklumat pelbagai dagangan dan sebarang laporan analisis yang diminta oleh pengguna; tab Syarikat menyediakan pengemaskinian kepada acara semasa yang mungkin memberi kesan kepada pegangan pengguna; dan tab Pasaran termasuk beribu-ribu ciri analitik yang akan terbukti berguna kepada penyelidik yang paling tegar. Platform MT4 boleh dimuat turun secara percuma daripada laman web kami.

Meta Trader 4 Mudah Alih

MT4 telah dengan terperincinya memampatkan komponen teras platform desktopnya ke dalam platform yang amat mudah dan berkuasa yang boleh didapati dalam kedua-dua Apple App Store dan Google Play. Melalui empat tab antara muka, pengguna boleh menyemak sebarang perubahan dalam pasaran, membeli pesanan baharu, menetapkan had baharu, membeli hentian, menghentikan kerugian, menggunakan pelbagai graf kami untuk menganalisis data baharu, melihat sejarah akaun mereka, dan banyak lagi. Dengan aplikasi ini, klien akan dapat sentiasa berada satu ketik sahaja daripada sebarang maklumat yang mereka ingini dan akan dapat memberi maklum balas yang mantap kepada maklumat tersebut. Kini klien kami akan dapat bertindak balas kepada peluang pelaburan yang lumayan.

Terminal Web

Atas jasa usaha MetaQuotes, platform dalam talian kini sedang berfungsi. Kini sesiapa sahaja dengan sambungan internet yang stabil akan dapat menyambung ke platform kami dari mana-mana komputer yang menjalankan Mac, Windows, atau Linux. Platform dalam talian ini menggabungkan kuasa dan rangkaian platform desktop dengan sifat mudah alih dan kemudahan aplikasi ini. Ini merupakan cara yang terbaik bagi mereka yang sentiasa beralih komputer dan lokasi untuk dapat kekal sebagai pedagang yang mantap. Kini mana-mana komputer boleh ditukar menjadi sebuah peralatan pelaburan yang bertaraf tinggi.