Syarat Perdagangan


Syarat dan Caj Perdagangan

Pilihan Harga dan Spread

TRADEFXASIA mempunyai pilihan harga dan pelaksanaan yang sesuai dengan hampir semua jenis pedagang. Pelaksanaan dan jenis akaun termasuklah pelaksanaan “No Dealing Desk”, Dealing Desk, dan spread Special Volume Trade yang termasuk struktur kos komisen. Jika anda ingin melihat spread untuk pasangan matawang TRADEFXASIA, anda boleh mendaftar untuk akaun demo.

Pengiklanan Spread

TRADEFXASIA mempunyai pelbagai spread. Spread yang diiklan mungkin tidak boleh diaplikasi. TRADEFXASIA bekerja keras untuk menyediakan spread yang berdaya saing dan ketat kepada pedagang. Walaubagaimanapun, akan ada ketika apabila keadaan pasaran menyebabkan berlakunya spread yang lebar.

Penafian Pelaksanaan

Apabila anda berdagang FOREX pada model pelaksana meja urus niaga atau bukan meja urus niaga TRADEFXASIA, mereka adalah pihak terakhir untuk transaksi ini. Dalam kedua-dua model pelaksana TRADEFXASIA akan mengagregat bidaan dan harga minta dari pelbagai pembekal kecairan. Sebut harga ini dipaparkan pada platform TRADEFXASIA yang berbeza dan tersedia selepas caj TRADEFXASIA dikenakan. Banyak faktor diambil kira apabila menentukan tokokan. Kadar penolakan sebut harga pembekal, prestasi rangkaian, kedalaman kecairan mereka, dan kualiti pelaksanaan secara keseluruhan memainkan peranan yang penting. Dengan menggunakan model pelaksanaan Dealing Desk, syarikat boleh bertindak sebagai wakil penjual pada beberapa atau semua pasangan matawang. Pembekal kecairan tambahan boleh menyertai ketika TRADEFXASIA tidak bertindak sebagai wakil penjual. Pastikan anda tahu yang Dealing Desk TRADEFXASIA mempunyai pembekal kecairan yang lebih rendah berbanding dengan pilihan pelaksana No Dealing Desk. Ini tidak akan menjamin pilihan pelaksanaan yang dipilih adalah lebih baik dari yang lain tetapi ia adalah penting untuk diketahui.

Pilihan TRADEFXASIA

TRADEFXASIA tidak menjamin sebut harga, spread, atau harga mereka lebih baik dari pada satu model pelaksanaaan jika dibandingkan dengan model yang lain. Pelanggan perlu menimbangkan pelbagai faktor berbeza apabila mereka membuat keputusan tentang jenis pelaksanaan yang sesuai dengan gaya atau strategi dagangan mereka.

TRADEFXASIA adalah pilihan bagus yang sesuai dengan pelbagai jenis pedagang. Biasakan diri dengan “No Dealing Desk”, Dealing Desk dan spread Special Volume Trader mereka serta struktur kos komisyen mereka. Ini akan membantu anda memilih pilihan yang tepat dan memperoleh lebih wang dengan pelaburan anda pada masa depan.